Kucing Encik Simon

Bismillah

Baru-baru ini seorang rakan memperkenalkan kartun kucing. Double Trouble.



Kini, semua koleksi kartun video hasil Simon Tofield telah berada dalam koleksi video saya setelah siap di-download ke dalam laptop.

Satu lagi video kegemaran..


Website bagi kartun kucing Encik Simon terdapat di www.simonscat.com.



p/s: Sedang sibuk mengambil kesempatan bermain PS2.


Atuk :')

Salam..

-imej di atas di-google-

Seronoknya...

Cuti seminggu...
seminggu lebih begitu.
Akhirnya sudah berada di rumah.
Suka, suka, suka... :D
Lepas sahur nanti, mahu tolong ibu dan ayah, mengemas rumah.
Mula dengan mencuci tingkap, membersihkan bunga-bunga hiasan deko dalaman rumah, dan segala bagai kerja lain.
Tidak lupa juga, bermain dengan kucing-kucing yang dahagakan perhatian dan pemainan-permainan klise kucing-kucing oleh tuan mereka yang baru sahaja pulang malam tadi.hahah...meow meow manja.

Bila tekenangkan Ramadhan tidak lama lagi pergi, sayu sahaja hati... kesempatanku beramal dalam bulan ini masih tidak cukup... tahun depan mesti usaha lagi... mesti mahu lebih baik.

Bila terkenangkan Aidilfitri akan menjelang, kegembiraan tidak dapat dinafikan hadir dalam diri. Aidilfitri disambut sebagai tanda kita sudah berjaya melawan nafsu. Bukan mengkongkong nafsu, bahkan untuk bebas daripada nafsu...selama sebulan sudah. Kemudiannya, semua orang akan saling minta maaf, memberi maaf, dan membawa rahmat kepada setiap rumah kerana menjadi tetamu kepada sanak-saudara dan sahabat-handai. Ada pula anak-anak kecil bersorak riang bermain bunga api, atau mendapat duit raya. Gembira, bukan?

Seronok memang seronok...

...hati ini tetap terasa sedikit kehilangan...

tiba-tiba sahaja terasa begini ketika rakan sebilikku memasang lagu raya bertajuk Selamat Berhari Raya, nyanyian Rahimah Rahim malam tadi ketika aku sedang siap-siap mengemas beg mahu pulang ke rumah...
...bahagian lirik yang menyentuh hati... :


"..Dalam kita bergembira

Pasti ada yang berduka

Enak menjamu selera

Jangan lupa yang tiada.."


*usai sahur, sambung menulis post nih... :p

Cuma teringat kepada atuk yang sudah pergi meninggalkan kami..

cuma teringat kenangan-kenangan lama sejak dua menjak ni..

sebab arwah atuk, atuk manap, agak rapat denganku..

Gemar bercerita tentang zaman kecilnya..zaman belajarnya..zaman kerjanya..

Arwah dahulu merupakan seorang pendidik..

Semua murid takut dengan dia :'p

Tapi itu dulu, sebelum dia bersara, memang lah seorang yang garang..

Bekas-bekas muridnya masih teringat akan tangannya yang besar, membawa rotan yang besar...

..dan dia dahulu pun merupakan seorang guru besar :'p

Ayah selalu kata, arwah atuk memang sangat tegas..

tegas..tapi penyayang..

dalam keras,ada lembutnya..

Seingatku pula, dia tidak pernah garang denganku.

Sangat penyabar orangnya..dan sememangnya penyayang..

Juga, sangat menghormati ustaz-ustaz dan begitu banyak baik budi-pekerti atukku kepada para gurunya...contohnya, ada seorang ustaz bernama Ust Hj Hishamuddin menceritakan serba-sedikit kisah-kisah tentang atukku dalam post Ust tersebut bertajuk Lambaian Terakhir..


Sedikit petikan yang dicedok daripada blog beliau:

"..Almarhum Cikgu Manap seorang yang baik. Budi bahasanya cukup tinggi. Walaupun beliau lebih tua daripada saya (pangkat ayah) namun Almarhum sampai akhir hayatnya memanggil saya dan semua Ustaz yang mengajar di Surau Kg. Ismail dengan gelaranTUAN. 

Demikianlah penghormatan beliau kepada guru agama.."

Sejak aku membela kucing-kucing putih kesayanganku ketika darjah 4, atuklah yang sering membawaku ke klinik veterina di kampungku..

dalam kereta, dia sering bercerita macam-macam kepadaku..

dan aku suka apa-apa yang diceritakannya..

kadang-kala tentang penulis-penulis tanah air kita yang klasik, seperti Shahnon Ahmad, A.Samad Said, Usman Awang, Pak Sako..

kadang-kala tentang kisah dia ketika muda-muda dahulu, ketika dia sambung belajar ke USM, atau semasa dia masih bergelar seorang guru..

kadang-kala tentang sejarah dan salasilah keluarga kami yang besar..

kadang-kala tentang kucing-kucing atuk dan wan yang dibela mereka ketika mereka belum punyai cucu..kerana itulah atukku tahu klinik vet yang mana satu sesuai dan sudah biasa dibawa untuk kucing-kucingku, tanpa kos perubatana yang mahal.

Jika tidak ke klinik vet, atukku gemar membawaku ke kedai buku, membeli keperluan buku-buku tambahan semasa sekolah..bersama-sama sepupuku ikut sekali..

dan pernah sekali, setahun lalu..dia membawaku seorang ke kedai buku berdekatan rumah atuk. Dia sangat asyik bercerita, sehinggakan ketika melintasi lampu isyarat, dia melepaskan stereng beberapa saat. Memang hilang sekejap denyutan jantungku sebentar. Tapi, atukku tenang sahaja dengan perlakuannya.

Atuk juga suka membawaku ke pasar malam..macam-macam yang dia belikan untukku , adik-beradikku, dan sepupu-sepupuku yang lain...(biasanya aku tidak meminta lebih-lebih, kerana malu)dia memang seorang atuk yang pasti menjadi kegemaran cucu-cucunya...

Tiap-tiap tahun, dia pasti akan menghadiahkan kepada cucu-cucunya kalender besar daripada Tabung Haji yang diperolehinya tiap-tiap tahun tersebut. Memang senang mahu melihat waktu-waktu sembahyang dalam kalender tersebut. :p :)

Arwah atukku juga suka membelikan aku kerepek ubi, dan kerepek pisang ketika aku masih kanak-kanak...kegemaranku ketika kecil...

Di waktu senggang, arwah atuk suka mengupas petai, dan membelah durian yang diambil daripada kebunnya...
Kadang-kala aku berada di sisinya, memerhatikan atuk bekerja dengan parang dan pisaunya.

Banyak lagi kisah-kisahku bersama dengan atuk, tetapi biarlah tersimpan,terbuku sahaja dalam hati, dan apa-apa yang telah diceritakan, itu sahajalah yang mampu diluahkan setakat ini.

Cuma yang pasti, aku terkilan...aku tidak sempat menunaikan hajat atukku untuk menjadi penumpangku jika aku yang memandu kereta pula...

Atuk (yang sedang memandu):
"Ai, jika Ai dah ada lesen, bawalah atuk jalan-jalan pula.."

Aku:
"Insya'Allah, tok..bila dah lulus ujian JPJ nanti :) "

....................................................................

Arwah atuk meninggal setahun yang lalu...seminggu sebelum Ramadhan...Aku lulus JPJ pula pada masa bulan 4 baru-baru ini.

Aku masih ingat akan perasaanku yang tidak dapat ku gambarkan. Terlalu berat memandangnya dalam keadaan terlantar di atas katil hospital, koma, kerana arwah atuk sakit yang berkaitan dengan pernafasan. Aku ingin berada di sisi katilnya, tetapi semakin aku hampiri setapak, semakin berat hatiku melangkah. Aku tidak terdaya untuk melihat atukku dalam keadaan begitu. Aku terhenti mendekatinya dalam jarak sedepa daripada atukku.. Ayahku berada berhampiran atukku di kala itu. Dia hanya membisikkan kepada telinga atukku, memberitahu aku ada menziarahinya...kerana ayahku berkata, orang koma masih boleh mendengar dan tahu siapa yang menziarahinya dan berkata-kata kepadanya..Setiap saat aku memandang atukku, setiap saat itulah mataku berkaca-kaca, kemudiannya menakung air mata yang akan tertumpah bila-bila. Seorang jururawat menyedari keadaanku yang pilu dan sedih yang tidak tertanggung, lalu dia membawaku keluar daripada wad ICU untuk bersama-sama ahli-ahli keluargaku yang lain untuk aku menenangkan jiwa..

Atuk pergi meninggalkan kami, tidak ku ingat pula tarikhnya, yang pasti sememangnya seminggu sebelum Ramadhan, pukul 2 petang, selepas sahaja aku selesai solat Zohor  ibuku mendapat tahu daripada ayahku atukku sudah pulang ke rahmatullah..

Aku tidak hadir ketika majlis pengebumiannya..kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan..Ayahku menguruskan jenazah arwah atuk. Ayah memberitahu, jenazah atuk senang diurus, dan cepat selesai sehingga sewaktu pengebumian.. Alhamdulillah..syukur sangat..

Raya nanti, merupakan raya kali kedua tanpa atuk..

Tetapi, aku tidak menyesali akan pemergiannya...cuma kadang-kala teringat-ingat sahaja..

Mahu pula apabila ada orang yang memasang lagu raya yang menyentuh hati. Memang syahdu jadinya T___T

Al-fatihah buat atukku..,




p/s: Kepada semua muslim-muslimin sekalian, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri-Maaf Zahir & Batin terlebih dahulu..dan selamat beraya di kampung . ^.^ .Yang mana-mana beraya di KL sahaja...berhiburlah dengan jalan raya yg lengang.. ^_^


wslm..



Lelaki.&.Kucing.





"Hei, Ai. Cepat la siap nak pergi kelas prep... pukul berapa dah ni...," ujar teman sekelasku yang sudah terpacak menungguku di luar bilik C-1-6.


"ermm.. jap jap... 1 minit,"


"hahah..tak boleh lambat lagi ke?" perlinya. Terbakar pula jiwaku.


"Ok ok ok... jom!"lalu kukunci bilik asramaku sebelum meninggalkan tempat itu. Teman-teman sebilik awal-awal lagi sudah pergi kelas-kelas prep mereka masing-masing. Menjadi kebiasaan pula aku yang paling lewat keluar, dan yang pulang paling awal ke bilik, aku juga.


Sesampai sahaja dalam kelas 1 Jaya, kerusiku kuseret ke tempat duduk Arziah dan Effa. Aku cukup suka belajar bersama-sama mereka. Asal mereka berdua daripada Sarawak. Mereka seperti biasa sedang belajar Sejarah, manakala aku, dengan buku ulang kaji Sains.


Sedang aku tekun memikirkan penyelesaian bagi sebuah pemasalahan seberat Gunung Kinabalu tentang perosalan kimia berkenaan metal dan non-metal , kakiku terasa ada benda yang terdampar di atas kakiku. Apakah ada sebiji 'ore' yang tejatuh daripada buku sainsku ke atas kakiku? Aku teruja untuk mengambil tahu.


Bukan seketul ore, sememangnya bukan, tidak logik sungguh. Tetapi seekor kucing oren. Anak kucing. Aku mengangkat si oren itu. Perutnye berlubang kecil. Ada sedikit nanah. Bau busuk sedikit cuma. Aku membelai-belai si kecil itu. Usia mungkin baru 2 bulan. Kemudiannya, terlena di atas pangkuanku selang beberapa minit selepas itu. Aku membiarkan si kecil itu bersamaku sambil kuselesaikan masalah dunia mineral.


... ... ... ... ... ... ... ...

"Ai, cepat sikit! Dah lambat ni!"

"Ya..ya..!"

Aku dan Mariam bergegas turun ke kelas. Kak Izzan sudah sedia menunggu kami dalam 1 Jaya.

"Akak, sorry lambat. Saya yang lewat (macam biasa)," kataku.

"Takpe..takpe.. korang pergilah duduk,"

Kak Izzan, pengawas yang diberi amanah untuk menjaga kelas kami sewaktu prep malam. Perwatakannya tidak begitu feminin, tidak juga tomboy, maksudku dari segi cara dia bergaya dan bercakap. Dia gemar memakai jam tangan seperti lelaki, tidak silapku itulah jenis jam yang dipakainya selalu...mungkin. Atlit rumah biru yang sangat lincah, itulah dia.

Aku, seperti selalu, duduk berdekatan dengan gadis-gadis Sarawak. Kali ini mereka sibuk menyiapkan Metamatik, manakala aku memilih untuk menulis karangan sambil melukis contengan-contengan berunsurkan pemikiran suci dalam buku teksku.

Aku terdengar beberapa suara garau tidak jauh dari kelas 1 Jaya. Ku toleh.. dan..

...!

3 sekawan lelaki sedang memijak-mijak si Oren. Dalam cahaya samar, aku tahu mereka itu pelajar senior, tingkatan 2 semuanya. Aku bingkas mengembalikan pandanganku pada buku teksku. Tidak sanggup melihat, tidak sanggup menghalang mereka juga. Kerana aku junior, dan juga perempuan. Mana mampu melawan 3 lelaki senior, bukan?


Sejak itu, aku merasakan lelaki adalah makhluk kejam kebanyakannya. Tidak tahu menyayangi makhluk-makhluk kecil. Bertahun-tahun lamanya aku belum berjumpa lelaki yang melayan kucing dengan baik di hadapan mataku, melainkan seorang kawan sekolahku, jiranku sekeluarga dan juga keluargaku sendiri seperti adik-beradikku, sepupuku, dua pupuku, ayahku, dan (allayarham) atukku. Lelaki-lelaki di luar sana hanya tahu menyakiti kucing. Ada juga yang sengaja meletakkan mercun berdekatan seekor kucing yang sedang tidur untuk mengejutkannya. Paling tidak pun, menghentakkan kaki mereka dengan penuh rasa benci untuk menghalau mana-mana kucing yang mendekati atau yang sedang makan.

Seorang kawanku memberitahuku, ada seorang jirannya memukul kepala seekor kucing dengan sebatang kayu. Hanya kerana kucing itu tidur di halamannya. Tidak lama selepas itu, isterinya bersalin dan mendapat cahaya mata. Akan tetapi, apabila bayi itu menangis setiap kali, tangisannya seakan-akan anak kucing yang sedang lirih berbunyi memanggil ibunya.

Walaubagaimanapun, selepasku melalui hari-hariku dalam pusat asasi institusiku, aku sudah mulai melunturkan persepsi burukku tentang lelaki. Semakin hari, aku semakin terjumpa mereka-mereka yang agak sama seperti Abu Hurairah r.a. Kebanyakkannya sangat mengasihi kucing. Itu sedikit-sebanyak telah menggembirakan hati kecilku. Sekurang-kurangnya, ada yang menyedari tentang perhubungan manusia sesama makhluk perlu dijaga. Mengasihi pula menjadi bonus tambahan dalam perhubungan dengan makhluk-makhluk Allah ini.

Aku mendapat tahu, kadang-kala ada lelaki yang sengaja tidak mahu menunjukkan sifat kasihnya kepada kucing disebabkan ada beberapa manusia melabel pencinta kucing sebagai 'gay', lembut, gedik, dayus...dan sebagainya... Jika mereka mengatakan begitu, apakah mereka turut melabelkan sebegitu kepada sahabat-sahabat Rasulullah, seperti Abu Hurairah dengan label-label yang tidak munasabah tersebut? Fikir-fikirkanlah...

Malahan, Rasulullah sendiri punyai seekor kucing yang disayanginya. Nama kucing itu, Mueeza. Menurut sebuah sumber, Mueeza ini amat dikasihi Rasulullah, sehinggakan Rasulullah sanggup memotong jubahnya separuh kerana separuh lagi sedang ditiduri Mueeza. Mueeza juga selalu mengiau apabila azan. Isteri Rasulullah, Aishah r.a, turut menyayangi kucing, dan berasa kesunyian jika kucing itu meninggalkan Aishah. Abu Hurairah, atau nama sebenarnya, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi, juga suka membela dan merawat kucing-kucing jantan dalam rumahnya. Anak-anak kucing turut menjadi kegemarannya untuk bermain sama dan selalu dimasukkan ke dalam lengan bajunya untuk dibuai-buai.

Orang-orang yang melabel para lelaki yang meminati kucing dengan label-label seperti kunyatakan di atas tadi, sememangnya berfikiran singkat. Kelebihan kucing dalam Islam banyak dinyatakan dalam artikel-artikel. Untuk kisah-kisah lebih banyak tentang kucing, bacalah di sini, Kucing Binatang Kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Wallahu'alam...

(Bagaimanapun jangan la terlampau taksub dengan kucing seperti Catman di bawah sampai sanggup menjalani pembedahan plastik bagi menyerupai kucing :-o )


Jadi, sayangilah kucing seperti keluarga sendiri :) dan, berbanggalah menjadi pencinta kucing, kerana kamu telah melakukan sunah Rasulullah. Biarkan mereka mencaci kamu, kelak merekakan terima balasan yang setimpalnya.

Bagi yang melakukan kekejaman terhadap binatang-binatang comel ini, semoga mereka dibalas oleh Allah, tidak di dunia ini, di akhirat kelak nanti.


Wassalam..